Latest topics
Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
3 posters
Page 1 of 1
Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks, kopitiam dan Dunkin Donuts untuk membuka premis mereka di pusat tumpuan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, sebelum beroperasi kafe-kafe francais itu perlu mendapatkan kebenaran naib-naib canselor universiti berkenaan dan diwajibkan menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.
Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun liputannya masih belum menyeluruh.
Menurut beliau, pada masa ini ramai penuntut universiti sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di pusat bandar sambil melakukan tugasan mereka.
“Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti kalau usaha ini boleh menggalakkan pelajar melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi,” katanya selepas menutup Konvensyen Pengetua dan Kolej Kediaman IPT Peringkat Kebangsaan di sini.
Idris menambah: “Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi kafe-kafe itu mesti beroperasi di pusat tumpuan pelajar.”
Katanya, kewujudan kafe-kafe francais di IPTA akan meningkatkan lagi keselesaan para penuntut IPTA kerana kemudahan Internet membantu pembelajaran mereka.
Bagaimanapun, katanya, pemilik kafe-kafe itu perlu memberi subsidi kepada penuntut kerana harga minuman dan makanan di premis itu agak mahal.[strike]
where- Number of posts : 206
Registration date : 2008-06-02
Re: Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
yeah..pasni senang sket nk layan kopitiam..takyah susah2 keluar p PJ..
dia punya mee udang ngan laksa...meleleh syiall...disamping ice blended..
kopitiam akt PJ siap ada discount kalau tunjuk student card..
dia punya mee udang ngan laksa...meleleh syiall...disamping ice blended..
kopitiam akt PJ siap ada discount kalau tunjuk student card..
where- Number of posts : 206
Registration date : 2008-06-02
Re: Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
wea.. bile lg nk belanja aku kopitiam.. aku x penah try pon kopitiam
akira- Number of posts : 42
Registration date : 2008-06-07
Re: Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
boley kid..takde masalah..
kat kajang punya oldtown white coffe marvelous!
p/s serdang takde white coffe..mundur..
maulana & azwath je paling hebat pun..
ekekkekeke
kat kajang punya oldtown white coffe marvelous!
p/s serdang takde white coffe..mundur..
maulana & azwath je paling hebat pun..
ekekkekeke
where- Number of posts : 206
Registration date : 2008-06-02
Re: Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
waa.. bestnye.. ko weekend je pree.. klau ko redi nk bwk aku pi situ calling2 la
akira- Number of posts : 42
Registration date : 2008-06-07
Re: Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts di IPTA
salam sume ahli serdunkcrew..
Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts ni makanan planet mana ni..?? mgkn sebab serdang takde la benda ni..tu yg tak tau..
pe yg aku tau biase lepak kat bulatan je
belanja la aku gak kopi itam..
Starbucks, Kopitiam, Dunkin Donuts ni makanan planet mana ni..?? mgkn sebab serdang takde la benda ni..tu yg tak tau..
pe yg aku tau biase lepak kat bulatan je
belanja la aku gak kopi itam..
carmale- Number of posts : 16
Registration date : 2008-08-20
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Thu Aug 04, 2011 9:07 pm by Guest
» Caffeine Salt Hcl
Wed Aug 03, 2011 9:35 pm by Guest
» Is this new to you?
Wed Aug 03, 2011 6:33 pm by Guest
» EdmefoWkes
Tue Aug 02, 2011 5:21 am by Guest
» http://www.merchantcashadvances.org small business loan
Tue Aug 02, 2011 2:35 am by Guest