sErDuNkCrEw
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» Buy generic cialis online now
Isu JPA, panas? EmptyThu Aug 04, 2011 9:07 pm by Guest

» Caffeine Salt Hcl
Isu JPA, panas? EmptyWed Aug 03, 2011 9:35 pm by Guest

» Is this new to you?
Isu JPA, panas? EmptyWed Aug 03, 2011 6:33 pm by Guest

» EdmefoWkes
Isu JPA, panas? EmptyTue Aug 02, 2011 5:21 am by Guest

» http://www.merchantcashadvances.org small business loan
Isu JPA, panas? EmptyTue Aug 02, 2011 2:35 am by Guest


Isu JPA, panas?

2 posters

Go down

Isu JPA, panas? Empty Isu JPA, panas?

Post  nazrief Tue Aug 19, 2008 7:16 pm

Abstrak
Isu yang pastinya timbul semasa bulan Jun setiap tahun di Malaysia ialah isu pemberian biasiswa kepada pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini sudah pastilah melibatkan sejauhmana ketelusan pentadbir awam kita iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam dalam membuat keputusan untuk memberikan biasiswa kepada pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara telus dan sewajarnya. Persoalannya, adakah pelajar yang telah mencatat keputusan 13A ataupun 200 pelajar yang terbaik di Malaysia dalam SPM dijamin haknya sebagai penerima biasiswa? Ini sudah pastilah satu persoalan yang cukup rumit untuk dijawab oleh pentadbir awam kita walaupun di atas kertas haknya amatlah pasti. Justeru itu, kita dapat melihat kenyataan ahli politik akan kerap muncul di dada akhbar pada bulan Jun setiap tahun dalam usaha memperjuangkan nasib pelajar yang cemerlang tetapi gagal dalam memperoleh biasiswa di atas kedudukannya sebagai perantara kepada masyarakat dengan pentadbir awam. Walaubagaimanapun, sejauhmanakah peranan institusi politik ini dalam menambahbaikan prestasi pentadbiran awam kita dalam mencerminkan ketelusan dalam pemberian biasiswa kepada masyarakat? Oleh itu, saya akan cuba huraikan segala persoalan dan kerumitan yang berlaku kepada masyarakat dalam isu pemberian biasiswa dalam kertas tugasan saya ini.


Biasiswa : Hubungan masyarakat dengan pentadbir awam
Isu pemberian biasiswa bukanlah suatu isu yang baru di negara kita. Saban tahun pastinya timbul ketidakpuasan dalam masyarakat terutamanya golongan pelajar yang berkelayakan tetapi tidak mendapat tempat untuk menerima biasiswa. Malah, ibu bapa mereka turut tertekan dalam isu ini kerana anak-anak mereka ini telah berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan SPM sehingga memperoleh sedozen A untuk mengimpikan kerjaya dalam bidang profesion yang kritikal seperti doktor, peguam, jurutera dan saintis tetapi impian ini musnah kerana gagal menerima biasiswa daripada JPA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dikehendaki di luar negara.

Umum turut mengetahui bahawa kos untuk menghantar seorang pelajar ke luar negara untuk memperoleh ijazah dalam bidang kedoktoran mencecah RM300,000 – RM500,000 sepanjang pengajian mereka. Bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah, tanpa biasiswa JPA, sudah pastilah impian mereka untuk melihat anak mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara musnah. Oleh itu, harapan yang tinggi diletakkan kepada JPA untuk memberikan anak mereka biasiswa ke luar negara. Akan tetapi sering kali JPA gagal dalam membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam pemberian biasiswa ini kerana terdapat golongan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM gagal memperoleh biasiswa tersebut. Di manakah silapnya? Adakah pentadbir awam di JPA ini buta dalam menilai kelayakan seseorang pelajar? Malah, mereka yang gagal menerima biasiswa ini kadang kala adalah pelajar terbaik sekolah mahupun daerah. Ramai pastinya bersetuju bahawa kebanyakkan mereka yang gagal dalam memperoleh biasiswa ini ialah golongan bukan bumiputera. Walaupun terdapat golongan bumiputera yang gagal tetapi angkanya amatlah kecil. Oleh itu, terdapat kemungkinan wujudnya bias ataupun berat sebelah dalam hak pemberian biasiswa ini oleh pentadbir awam di JPA. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pendominasian kaum bumiputera melayu dalam perkhidmatan awam berbanding kaum yang lain. (Oriental Daily News, 8 Disember 2005)

Kesan dan Penilaian ketidaktelusan oleh JPA kepada masyarakat
Apabila hal ini berlaku, kesannya terhadap masyarakat cukup besar. Seringkali golongan bukan bumiputera yang gagal memperoleh biasiswa akan berasa tertindas dan kecewa terhadap jabatan perkhidmatan kerajaan. Mereka sudah pastinya akan bersikap responsif dengan memandang serong terhadap pentadbir awam di JPA dengan mengatakan jika bukan bumiputera yang memohon biasiswa sudah pasti harapan untuk mendapat biasiswa itu tipis. Malah masyarakat turut menilai pentadbir awam di JPA sebagai tidak telus dalam pemberian biasiswa ini. Pelajar yang berjaya menerima biasiswa kerap kali dicop sebagai mempunyai orang dalam atau kabel dengan pentadbir awam di JPA. Malahan ada yang lebih teruk lagi dengan mengatakan pegawai birokrat JPA ini sebagai memakan rasuah. Mereka turut berpendapat tanpa memberikan rasuah, peluang untuk menerima biasiswa ini adalah mustahil. Kita tidak boleh menyalahkan masyarakat dari menilai pentadbir awam sedemikian rupa kerana secara realiti kita dapat melihat kebenarannya.


Tidak telus dalam agihan pemberian Biasiswa : Tindakbalas masyarakat
Sehubungan dengan itu, wujudnya ketidakpercayaan terhadap institusi pentadbiran awam seperti JPA oleh masyarakat menyebabkan pemberian biasiswa oleh swasta dimonopoli oleh golongan bukan bumiputera dengan hanya 10% sahaja kepada bumiputera (Sumber : http://malaysia-scholarship.net/). Pihak swasta telah menilai pemberian biasiswa oleh JPA sebagai bias dan pro kepada sebelah kaum sahaja sehingga mereka pula bersikap tidak adil kepada bumiputera. Mereka berpendapat sistem kuota masih wujud dalam pemberian biasiswa walaupun berkali-kali diberitahu oleh pentadbir awam di JPA bahawa sistem itu tidak lagi digunakan setelah beralih ke sistem berasaskan merit.

Ini adalah suatu yang harus diperbetulkan seiring dengan kenyataan Datuk Ismail Adam, Ketua Pengarah JPA, dalam menafikan penggunaan sistem kuota oleh JPA sehingga mewujudkan isu pemberian biasiswa ini, “we do not have a quota(system). It`s just that the scholarship are limited and excellent students are just too many” (m/s 16, NST, 20/7/05). Apabila sistem kuota digunapakai, sudah pastilah wujudnya ketidakadilan kerana mereka yang benar-benar layak oleh kaum tertentu boleh dinafikan haknya. Justeru, bumiputera harus bersaing secara pro-aktif bersama bukan bumiputera melalui meritokrasi agar masyarakat memandang tinggi kepada mereka yang berjaya memperoleh biasiswa. Oleh itu pelaksanaan sistem meritokrasi hendaklah benar-benar wujud dan bukan hanya retorik semata-mata. Daripada kenyataan Ketua Pengarah JPA juga, beliau seolah-olah menyalahkan terlalu ramai pelajar yang cemerlang menyebabkan jabatan beliau gagal dalam memberikan biasiswa kepada mereka yang berkelayakan. Masyarakat terutama golongan pelajar sudah pastilah kehilangan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh kerana JPA sendiri tidak menjamin dapat memberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang dikehendaki biarpun berjaya mencatat keputusan yang terbaik dalam SPM.

Walaubagaimanapun, apabila pelajar yang cemerlang ini gagal memperoleh biasiswa tidak kira dari golongan bumiputera mahupun bukan bumiputera, ahli politik selalunya akan muncul dalam menjadi jaguh dalam isu-isu ini. Persoalannya, perlukah JPA ditegur oleh ahli politik bagi memperoleh keadilan kepada golongan pelajar cemerlang ini? JPA seharusnya mempunyai kepakaran dalam penentuan pemberian biasiswa ini tanpa perlu ditegur oleh mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat bahawa campurtangan ahli politik ini penting bagi mempersoalkan sejauhmana ketelusan JPA dalam pemberian biasiswa. JPA sering kali bersikap hedging ataupun berdolak dalik dalam memberikan kenyataan mengenai kaedah mereka memberikan biasiswa. Sehingga ke hari ini, tiada seorang pun mengetahui wajaran samada latar belakang keluarga atau proses temubual oleh JPA yang menjadi penentu pemberian biasiswa ini. Selain itu, panel yang dilantik untuk memilih pelajar yang layak juga tidak diketahui komposisi kaumnya dan jumlah pemberian biasiswa yang ditawarkan juga tidak diketahui kerana sering berubah-ubah (New Sunday Times, 19 Jun 2005). Oleh itu, campur tangan ahli politik ini perlu bagi memperoleh satu jawapan yang telus oleh JPA.

Ketidaktelusan pemberian Biasiswa : Peranan dan Kepentingan tindakbalas masyarakat
Sebagai contoh, campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kes pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM, Ng Ee Liang, Desmond Chee, Teoh Wan, Chew Ying Dee dan Khaw Chok Tong pada 11 Jun tahun lepas jelas menunjukkan bahawa kepentingan golongan politik dalam menambahbaikkan prestasi JPA. Ahli politik seharusnya mempunyai will (keinginan) yang sangat tinggi dalam usaha menangani masalah ketidaktelusan dalam pentadbiran awam. Jika will ini begitu kuat dan tekad dalam diri ahli politik, sudah pastilah pentadbir awam di JPA akan menjadi lebih telus kerana capacity dan will ahli politik itu sudah kuat untuk membendung permasalahan pemberian biasiswa itu kerana pengawalan yang dilakukan oleh ahli politik terhadap para pentadbir awam dan sekaligus menjadi perantara di antara pentadbir awam dengan masyarakat. Pengawalan oleh ahli politik Ini dapat membendung masalah rasuah dalam pentadbiran awam. Tindakbalas masyarakat terutama ahli politik ini dalam dada-dada akhbar jelas menunjukkan bahawa peranan mereka amat diperlukan oleh masyarakat sivil. Akan tetapi, permasalahan yang timbul ialah mana-mana parti politik seperti parti UMNO misalnya yang telah memainkan peranan yang begitu aktif sekali dalam memperjuangkan nasib pelajar-pelajar yang gagal dalam memperoleh biasiswa ini, boleh dipertikaikan kredibililtinya kerana umum mengetahui masalah politik wang yang sangat kuat dalam parti UMNO yang mengamalkan konsep patronage. Sejauhmana niat mereka untuk benar-benar membantu, memancing undi ataupun untuk memberikan kelebihan atau benifit kepada ahli-ahli dibawah penaungan mereka tidak diketahui. Walaubagaimanapun campur tangan oleh ahli politik seperti Perdana Menteri, ini ternyata dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam isu pemberian biasiswa ini.

Masyarakat boleh terus berperanan dalam menambahbaik lagi prestasi pentadbiran awam dengan terus menggunakan medium media cetak sebagai lidah ketidakpuasan masyarakat. Tindakbalas masyarakat mengenai isu pemberian biasiswa sedikit sebanyak menyebabkan pentadbir awam di JPA berasa segala keputusan yang diambil dan dilakukan sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Ini membolehkan JPA sentiasa berhati-hati dengan setiap keputusan yang diambil agar tidak mengecilkan hati mana-mana pihak. Oleh itu, pegawai tadbir di JPA akan mempunyai will to perform dengan menggunakan capacity yang ada untuk mencapai ketelusan yang tinggi jabatan tersebut.

Ke arah mencapai ketelusan dalam JPA
Selain itu, institusi politik seharusnya memainkan peranan yang penting bagi mencapai ketelusan yang tinggi dalam pemberian biasiswa ini, Malaysia seharusnya mempunyai komposisi pegawai tadbir yang sewajarnya dalam pentadbiran awam terutama dalam JPA. Kelihatannya, bumiputera melayu telah mendominasi kedudukan dalam pentadbiran awam semenjak tahun 80-an setelah semakin ramai bumiputera melayu memperoleh pendidikan hasil pelancaran DEB pada 1970 (Means 1986, 105). Oleh itu, bukan bumiputera yang dapat menyertai perkhidmatan awam semakin merosot daripada 29.7% dan 9.8% kepada 8.2% dan 5.2% oleh kaum Cina dan India pada tahun 80-an ke 2003 (NST, 26 Julai 2005). Oleh itu, menteri yang bertanggungjawab sepatutnya dapat melakukan sesuatu seperti melaksanakan dasar keseimbangan kaum selaras dengan komposisi kaum dalam pentadbiran awam bagi menambahkan bilangan komposisi bukan bumiputera bagi menyelamatkan penilaian masyarakat yang semakin buruk kepada pentadbir awam yang cenderung menyebelahi kaum bumiputera yang sememangnya mendominasi jawatan penjawat awam. Ini amat penting bagi mengembalikan ketelusan dalam pemberian biasiswa oleh JPA kepada masyarakat.

Apabila peranan ini dapat dimainkan oleh masyarakat dan institusi politik dengan sebaiknya, kita bukan sahaja dapat melihat pentadbir awam yang lebih cekap dan berdedikasi malah pentadbir yang lebih sensitif terhadap isu pemberian biasiswa ini. Sikap sambil lewa dan berat sebelah dalam pemberian biasiswa sudah pastilah dapat dijauhkan sesama sekali. Ini sekaligus mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap golongan pentadbir awam terutama di JPA sendiri.


p/s camna? bg komen sket. Ni da cabar org melayu.. aku jumpe artikel ni kat blog mana ntah

nazrief

Number of posts : 31
Registration date : 2008-06-24

Back to top Go down

Isu JPA, panas? Empty Re: Isu JPA, panas?

Post  arefiqq Sun Aug 31, 2008 12:50 pm

sape yg amek jpa?

arefiqq

Number of posts : 48
Registration date : 2008-06-02

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum